Archive for the ‘cara buat coklat’ Category

Moist Chocolate Cake (Kek Coklat Moist)

Moist Chocolate Cake (Kek Coklat Moist)

Mmmm…yummyyyy….setuju tak? Kek ni memang feveret dan evergreen apalagi raya nak dekat ni. Tentu ada yang dah fikir nak hidang masa raya nanti. Kali ini nak kongsi resepi resepi coklat ape ape je mana tau bole guna masa nak buat kuih raya nanti. Nak tau? Klik gambar kek coklat moist nih …

Resepi Coklat yang HOT HOT HOT

Saya kira ramai yang minat dan tengah cari resepi coklat. Ini kerana seperti yang kita sedia maklum, coklat ni memang makanan popular tidak kisahlah samada untuk dihidang pada keluarga sendiri, tetamu, majlis, kenduri kendara, hantaran dan macam-macam lagi. Apalagi yang ada bisnes buat coklat tu tentu nak mempelbagaikan lagi produk mereka kan.

Oleh yang demikian saya ingin kongsikan di link ini >>RESEPI COKLAT HOT

Selamat berjaya!

Resepi buat coklat

Kami suka nak berkongsi resepi coklat dengan anda semua tapi kadangkala kesibukan menghalang kita. Kami akan cuba sedaya upaya cari masa terluang untuk upload lagi resepi coklat agar sama sama kita boleh mencuba. Buat masa ini resepi coklat kami uploadkan di blog ini >>BLOG RESEPI COKLAT

Jadi rajin-rajinla jenguk mana tahu waktu tu kami dah update dengan resepi coklat terbaru. Dan jika anda suka sudi sudi ‘like’ facebook kami yang ada di blog yang kami sebutkan tadi.

Klik sini untuk ‘like’ coklat buatan tangan menunjukkan tanda sokongan anda dan kami akan jadi lebih bersemangat dalam menyumbang know how dalam pembuatan coklat.

Semoga hari anda ceria selalu hendaknya.

Bisnes dari rumah: Siti Zahrah Mat Zain usahawan coklat berjaya

Sanggup berhabis untuk coklat

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Siti Zahrah Mat Zain menuang coklat cair dalam acuan mengikut gubahan yang diingini.

INDUSTRI coklat buatan tangan semakin bersemarak dengan kemunculan ramai usahawan kecil yang kebanyakannya adalah golongan suri rumah.

Senario ini berlaku kerana aktiviti ini mampu menjana pendapatan sampingan yang lumayan buat pengusahanya.

Salah seorang pengusaha coklat yang ditemui baru-baru ini tidak menyangkal dakwaan tersebut.

Malah disebabkan permintaan terlalu banyak, dia sanggup menghadapi risiko dengan berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian perniagaan coklatnya yang diusahakan secara dalam talian.

Siti Zahrah Mat Zain, 36, pada mulanya hanya menjalankan perniagaan secara sampingan sejak dua tahun lalu.

Perniagaan coklat yang diusahakan bukan sekadar coklat yang dibungkus biasa seperti yang berada di pasaran hari ini. Sebaliknya coklat yang dihasilkan Siti Zahrah mempunyai pelbagai reka bentuk menarik, pelbagai perisa serta dalam adunan warna-warna yang cantik.

Disebabkan itulah coklat buatan Siti Zahrah kerap ditempah tidak kira untuk majlis keraian, hari jadi, hantaran kahwin mahupun majlis-majlis rasmi.

Apa yang menarik, Siti Zahrah atau lebih mesra dengan sapaan Arah tidak mempunyai sebarang pengetahuan d dalam bidang pembuatan coklat.

Oleh kerana minat yang terlalu mendalam serta mempunyai semangat untuk sama-sama memeriahkan lagi dunia perniagaan, akhirnya dengan menghadiri beberapa kursus anjuran Lembaga Koko Negara serta rujukan sendiri, dia berjaya memasarkan produk coklatnya di bawah Arahchocolate & Bakery melalui blognya http://arahchocolate.blogspot.com/

“Pembuatan coklat bukanlah satu perkara yang sukar tambahan apabila sudah mempunyai asasnya.

“Daripada situ saya semakin berminat untuk mencuba menghasilkan pelbagai reka bentuk dan mula belajar cara mengadunkan warna bagi menjadikan ia lebih menarik.

“Dan tanpa disangka, apa yang dipasarkan melalui blog mendapat sambutan yang di luar jangkaan. Alhamdulillah, hari ini coklat yang dihasilkan semakin mendapat tempat di kalangan peminat-peminat coklat,” ujarnya.

Hari ini, jika berpeluang melayari blog Siti Zaharah, anda dapat melihat sendiri pelbagai reka bentuk coklat buatan tangan di mana hasilnya memang cukup menarik dan terdapat juga reka bentuk yang begitu mengagumkan.

Antara reka bentuk coklat yang ditampilkan ialah kotak atau bekas dengan pelbagai bentuk yang dilengkapi penutup, masjid, kumbang (lady bird), strawberi, bentuk hati dan bunga.

Tambah menarik, coklat-coklat tersebut dihasilkan dengan pelbagai warna-warna yang menarik dalam usaha ‘menghidupkan’ coklat yang dihasilkan.

Hari ini, coklat yang dihasilkan Siti Zaharah bukan sahaja bertambah dari hari ke sehari tetapi ia meliputi tempahan dari seluruh negara.

Menyedari akan sambutan yang di luar jangkaan, dia mengembangkan lagi pembuatan coklatnya dengan mencipta kelainan seperti menghasilkan coklat-coklat yang berinti biskut atau kekacang.

Dalam masa yang sama, Siti Zaharah turut mempelbagaikan reka bentuk coklat yang dihasilkan agar ia kelihatan unik.

Untuk itu, dia sanggup berhabis duit untuk mendapatkan acuan dari luar negara agar pelanggannya tidak jemu.

Siti Zaharah yang juga berkemahiran membuat kek cawan memberitahu, coklat yang dihasilkannya dijual serendah harga RM1 dan ada yang mencapai beratus ringgit bergantung pada reka bentuk dan saiznya.

Selain menerima tempahan untuk pelbagai majlis dan perayaan, Arah turut membuka kelas belajar membuat coklat kepada sesiapa yang berminat.

Bagi mereka yang berminat sama ada untuk menempah coklat ataupun menghadiri kelas membuat coklat, anda boleh layari blognya atau hubunginya di talian 013-3692824.

Artikel asal

Cara Bisnes Buat Coklat

Kursus buat coklat

Adakah anda sedang mencari cari kursus untuk buat coklat? Anda sedang berada di tempat yang betul. Kursus buat coklat yang di tawarkan merupakan kursus buat coklat sendiri di rumah. Ya, anda tidak silap baca. Ianya di sediakan oleh mereka yang pakar. Anda akan di beri panduan yang lengkap lagi tip top secara langkah demi langkah dari A – Z tanpa satu langkah pun yang akan tertinggal bagi membantu anda merealisasikan impian untuk membuat coklat anda sendiri.

Jika anda setuju sila klik Nak ambil kursus buat coklat homemade

Bengkel buat coklat

Tahukah anda harga untuk menghadiri satu bengkel buat coklat mungkin boleh mencecah RM250. Bagi yang mampu tidak ada masalah. Namun bagi mereka yang baru nak bermula, ia mungkin agak membebankan.

Walaubagaimanapun kini Pn. Shida akan dedahkan kepada anda yang bengkel yang sama kualitinya boleh anda sertai hanya dengan RM100 sahaja. Ini adalah sebagai untuk memberi peluang kepada anda untuk menyelami bagaimana caranya untuk membuat coklat dengan mudah. Mudah disini bukan maksudnya macam pasang siap tinggal makan tapi anda akan didedahkan dengan ramuan, resepi dan cara sebenar untuk membuat coklat. Dengan cara ini anda tidak untuk buat banyak kajian trial & error yang memenatkan dan memeningkan kepala serta boleh sebabkan anda berputus asa.

Apa yang anda perlu buat cuma sediakan bahannya dan buat coklat mengikut arahan yang diberikan. Oh ya terlupa nak beritahu. Bengkel coklat ini hanya dijalankan dirumah dan caranya anda refer manual terperinci yang diberikan yang akan dihantar terus ke rumah anda melalui pos sekiranya anda setuju untuk membelinya.

Sekiranya anda berminat sila klik bengkel buat coklat untuk membuat tempahan dan pembelian.

Namun sekiranya belum sedia, daftar disini untuk dapatkan tips percuma sahaja dulu.

Coklat strawberi

Baru-baru ni ada la pergi berjalan-jalan di Cameron Highland untuk bercuti meninggalkan sebentar kesibukan kerja di pejabat. Antara yang agak popular di Cameron adalah strawberi. Pergilah ke mana saja dalam Cameron kita akan jumpa buah strawberi. Kalau jalan-jalan di pasar malam mesti terjumpa strawberi segar yang di celup dalam coklat panas. Selain itu di jual juga coklat yang mempunyai inti strawberi kering. Buah strawberi segar pula jangan cakaplah, fuhhh…hatta stesen Mardi pun dibuka kepada orang awam untuk lawatan ke kebun strawberi. Itu belum lagi termasuk ladang strawberi kepunyaan persendirian di mana anda boleh bayar dan petik sendiri. Di sana kita boleh lihat kepelbagaian produk yang di terbit dari penanaman buah strawberi termasuklah coklat strawberi.

Selain dari coklat strawberi, terdapat juga coklat yang mempunyai inti buah buah lain seperti mangga, blueberry dan macam macam lagi. Sebenarnya kita boleh belajar cara buat coklat inti buah buah seperti ini kalau kita cara nak membuatnya – yang penting ada panduannya.

Coklat strawberi

Idea perniagaan raya – bisnes coklat

Sekejap je dah sampai bulan ramadhan menandakan sampai waktu kita menunaikan kewajiban berpuasa. Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik lepas tu raya lah pulak. Ini adalah masa yang sangat sesuai untuk kita mulakan langkah berniaga. Bagi yang dah jadikan aktiviti berniaga sebagai aktiviti tahunan tentu masa ini dah sibuk dengan menempah tapak gerai bazar ramadhan untuk menjual juadah berbuaka puasa. Bagi yang target menjual barang selain juadah berbuka sibuk pula dengan tapak jualan nak meniaga baju melayu, baju kurung, songkok, kuih raya, langsir dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang mengambil kesempatan menjual mercun dan bunga api. Macam-macam. Jika boleh biarlah berniaga barang yang mendatangkan menfaat. Antara produk yang laris yang boleh dijual adalah coklat. Membuat coklat bukanlah susah dan jika coklat yang dibuat unik dan custom ikut kesesuaian pelanggan tentu boleh menarik banyak keuntungan. Kita boleh belajar buat coklat dengan mudah jika ikut manual yang disediakan langkah demi langkah dan secara tidak sedar boleh menyiapkan coklat yang kita sendiri tak pernah sediakan pun sebelum ini. Apa yang bestnya ialah kita seronok bila buat coklat ni siap dan cute. Tambah lagi best bila kita promote ada orang nak beli dan ambil tempahan dari kita. Mesti best dan seronok kan?

Mari menjana keuntungan dengan buat coklat.

coklat raya

Cara buat coklat

Cuba lihat gambar coklat ni. Menarik tak?

Nak tahu cara buat coklat ni?

klik sini kalau nak tahu cara buat coklat

Dah tentu hati meronta-ronta bila melihat gambar-gambar coklat nih. Ada yang eksklusif, berwarna-warni dan berbentuk huruf. Terutamanya bagi mereka yang minat dengan masakan dan sedikit seni, mesti bersemangat nak buat dan nak lihat hasilnya. Memang menakjubkan.  Tentu seronok orang yang menerima coklat tersebut sebagai hadiah. Banyak lagi gambar yang akan dikongsikan. InsyAllah dalam post yang akan datang.

Bila dah teruja tentu soalan favorite yang akan di tanya; macammana cara buat coklat tuuu?

Klik sini untuk cara buat coklat

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.