Gambar coklat buatan tangan (homemade) Pn Fauziah

Pn Fauziah buat coklat bunga-bunga kaler. Bunga Ros kot ya.

Beliau guna white coklat dan tambah food coloring.

Memang kreatif!

gambar coklat buatan tangan (homemade) Pn Fauziah

coklat buatan tangan (homemade)

Gambar coklat buatan tangan Pn Kamilah

Pn Kamilah ni dia suka buat coklat yang ada huruf.

Mungkin sebab coklat untuk kids agaknya. Cute gitu.

Hasil pembelajaran buat coklat, Pn Kamilah juga dah boleh buka tempahan.

gambar coklat buatan tangan (homemade) Pn Kamilah

Tips percuma bagaimana nak berniaga coklat

Gambar coklat buatan tangan (homemade) Pn Roseliza

Pn Roseliza antara yang telah berjaya hasilkan coklat buatan tangan (homemade) beliau sendiri.

Macammana? Memang eksklusif dan nampak canggih gitu.

Cantik kan?

klik sini untuk lihat lebih banyak gambar coklat buatan tangan (homemade)

Tips percuma coklat anda

Coklat menceriakan hari muram anda

Pernah tak ada satu hari tu anda rasa macam tak bersemangat dan tak ada mood. Mesti ada kan. Nak buat kerja pun malas kalau boleh nak punch out dan balik rumah je.

Cuba standby coklat kat ofis. Kalau satu hari tu mood malas anda sampai, cuba try makan coklat satu bar dan rasakan kesannya. Menarik kan?

Coklat menceriakan anda

Tempahan aiskrim kon coklat

Waktu cuaca panas begini sekarang tentu alangkah baiknya ada aiskrim. Pertamanya boleh basahkan tekak. Kedua, menyejukkan badan buat seketika. Apatah lagi kalau kita anjurkan majlis besar dan ramai tamu dijemput hadir tentu kesian pada tamu yang datang. Kalau boleh jamulah dengan aiskrim coklat. Tentu manis muka semuanya dan tak marah marah lagi di sebabkan cuaca yang hangat.

Tempahan aiskrim kon coklat

Coklat perisa durian

Sekarang ni kan musim durian. Kalau tengok orang jual buah kat tepi jalan memang tak sah kalau takde durian. Bagi yang nak melepas gian cukupla dengan durian kampung, bagi yang high taste pulak mesti nak pekena musang king dulu. Tapi tengok sekarang harga durian kampung pun dah melambung. Walaupun harga durian mahal tapi bagus untuk ekonomi penanam durian. Takdela berlaku lambakan dan kejatuhan harga durian.

Sekarang ni durian Malaysia pun banyak yang dieksport keluar negara menjadikan permintaan untuk durian semakin tinggi. Salah satu cara untuk mempelbagaikan lagi produk durian adalah dengan buat coklat yang mempunyai perisa durian.

Coklat perisa durian

Coklat strawberi

Baru-baru ni ada la pergi berjalan-jalan di Cameron Highland untuk bercuti meninggalkan sebentar kesibukan kerja di pejabat. Antara yang agak popular di Cameron adalah strawberi. Pergilah ke mana saja dalam Cameron kita akan jumpa buah strawberi. Kalau jalan-jalan di pasar malam mesti terjumpa strawberi segar yang di celup dalam coklat panas. Selain itu di jual juga coklat yang mempunyai inti strawberi kering. Buah strawberi segar pula jangan cakaplah, fuhhh…hatta stesen Mardi pun dibuka kepada orang awam untuk lawatan ke kebun strawberi. Itu belum lagi termasuk ladang strawberi kepunyaan persendirian di mana anda boleh bayar dan petik sendiri. Di sana kita boleh lihat kepelbagaian produk yang di terbit dari penanaman buah strawberi termasuklah coklat strawberi.

Selain dari coklat strawberi, terdapat juga coklat yang mempunyai inti buah buah lain seperti mangga, blueberry dan macam macam lagi. Sebenarnya kita boleh belajar cara buat coklat inti buah buah seperti ini kalau kita cara nak membuatnya – yang penting ada panduannya.

Coklat strawberi

Buat coklat di rumah

Menjadi impian surirumah untuk buat coklat sendiri di rumah untuk juadah anak-anak dan suami. Mungkin bukan semua yang berminat dengan coklat namun sebahagian besarnya amat suka jika berpeluang dan tahu bagaimana nak membuatnya. Bagi yang sibuk cukuplah untuk buat coklat untuk seisi rumah tapi yang berkelapangan sanggup buat coklat dalam jumlah yang banyak untuk diberi pada jiran, rakan dan saudara mara. Tidak juga terhad pada surirumah, dewasa ini wanita yang bekerja juga sudah ramai yang menceburkan diri dalam aktiviti di luar kerjaya kerana samada ingin mencuba sesuatu yang baru, mencipta hobi baru dan mencari kepuasan dalam hidup. Salah satunya adalah dengan buat coklat di rumah. Ini adalah kerana buat coklat bukanlah semata mata seperti memasak malah ia adalah satu seni yang boleh menerbitkan kepuasan dan penghargaan terhadap pembuatnya. Sebab itu kita boleh lihat ramai yang sanggup bekerja sebagai chef walaupun kerjaya chef adalah sangat banyak beban kerja yang pada masa yang sama perlu memuaskan hati pelanggan atau orang yang merasa masakan mereka. Adakah anda tergolong dalam orang yang mengejar kepuasan dan sanggup bekerja keras? Jika ya, mari kita buat coklat.

Buat coklat di rumah

Idea perniagaan raya – bisnes coklat

Sekejap je dah sampai bulan ramadhan menandakan sampai waktu kita menunaikan kewajiban berpuasa. Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik lepas tu raya lah pulak. Ini adalah masa yang sangat sesuai untuk kita mulakan langkah berniaga. Bagi yang dah jadikan aktiviti berniaga sebagai aktiviti tahunan tentu masa ini dah sibuk dengan menempah tapak gerai bazar ramadhan untuk menjual juadah berbuaka puasa. Bagi yang target menjual barang selain juadah berbuka sibuk pula dengan tapak jualan nak meniaga baju melayu, baju kurung, songkok, kuih raya, langsir dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang mengambil kesempatan menjual mercun dan bunga api. Macam-macam. Jika boleh biarlah berniaga barang yang mendatangkan menfaat. Antara produk yang laris yang boleh dijual adalah coklat. Membuat coklat bukanlah susah dan jika coklat yang dibuat unik dan custom ikut kesesuaian pelanggan tentu boleh menarik banyak keuntungan. Kita boleh belajar buat coklat dengan mudah jika ikut manual yang disediakan langkah demi langkah dan secara tidak sedar boleh menyiapkan coklat yang kita sendiri tak pernah sediakan pun sebelum ini. Apa yang bestnya ialah kita seronok bila buat coklat ni siap dan cute. Tambah lagi best bila kita promote ada orang nak beli dan ambil tempahan dari kita. Mesti best dan seronok kan?

Mari menjana keuntungan dengan buat coklat.

coklat raya

Resepi membuat coklat untuk kanak-kanak

Ibubapa sepatutnya meluangkan masa yang mencukupi untuk anak-anak dan melakukan aktiviti bersama yang boleh merapatkan lagi hubungan keduanya. Antaranya adalah dengan melakukan aktiviti memasak. Apatah lagi memasak atau membuat coklat. Tentu menarik, bukan?

Selain sifat coklat yang menyihatkan-menurunkan tekanan darah dan kolesterol, ia juga adalah makanan yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Kelebihan psikologi yang terdapat pada coklat juga boleh merapatkan hubungan antara ibubapa dan anak.

Sebagai contoh resepi coklat yang anda boleh lakukan bersama anak anda adalah coklat lollipop.

resepi coklat lollipop

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.