Archive for the ‘bisnes coklat’ Tag

Bisnes dari rumah: Siti Zahrah Mat Zain usahawan coklat berjaya

Sanggup berhabis untuk coklat

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Siti Zahrah Mat Zain menuang coklat cair dalam acuan mengikut gubahan yang diingini.

INDUSTRI coklat buatan tangan semakin bersemarak dengan kemunculan ramai usahawan kecil yang kebanyakannya adalah golongan suri rumah.

Senario ini berlaku kerana aktiviti ini mampu menjana pendapatan sampingan yang lumayan buat pengusahanya.

Salah seorang pengusaha coklat yang ditemui baru-baru ini tidak menyangkal dakwaan tersebut.

Malah disebabkan permintaan terlalu banyak, dia sanggup menghadapi risiko dengan berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian perniagaan coklatnya yang diusahakan secara dalam talian.

Siti Zahrah Mat Zain, 36, pada mulanya hanya menjalankan perniagaan secara sampingan sejak dua tahun lalu.

Perniagaan coklat yang diusahakan bukan sekadar coklat yang dibungkus biasa seperti yang berada di pasaran hari ini. Sebaliknya coklat yang dihasilkan Siti Zahrah mempunyai pelbagai reka bentuk menarik, pelbagai perisa serta dalam adunan warna-warna yang cantik.

Disebabkan itulah coklat buatan Siti Zahrah kerap ditempah tidak kira untuk majlis keraian, hari jadi, hantaran kahwin mahupun majlis-majlis rasmi.

Apa yang menarik, Siti Zahrah atau lebih mesra dengan sapaan Arah tidak mempunyai sebarang pengetahuan d dalam bidang pembuatan coklat.

Oleh kerana minat yang terlalu mendalam serta mempunyai semangat untuk sama-sama memeriahkan lagi dunia perniagaan, akhirnya dengan menghadiri beberapa kursus anjuran Lembaga Koko Negara serta rujukan sendiri, dia berjaya memasarkan produk coklatnya di bawah Arahchocolate & Bakery melalui blognya http://arahchocolate.blogspot.com/

“Pembuatan coklat bukanlah satu perkara yang sukar tambahan apabila sudah mempunyai asasnya.

“Daripada situ saya semakin berminat untuk mencuba menghasilkan pelbagai reka bentuk dan mula belajar cara mengadunkan warna bagi menjadikan ia lebih menarik.

“Dan tanpa disangka, apa yang dipasarkan melalui blog mendapat sambutan yang di luar jangkaan. Alhamdulillah, hari ini coklat yang dihasilkan semakin mendapat tempat di kalangan peminat-peminat coklat,” ujarnya.

Hari ini, jika berpeluang melayari blog Siti Zaharah, anda dapat melihat sendiri pelbagai reka bentuk coklat buatan tangan di mana hasilnya memang cukup menarik dan terdapat juga reka bentuk yang begitu mengagumkan.

Antara reka bentuk coklat yang ditampilkan ialah kotak atau bekas dengan pelbagai bentuk yang dilengkapi penutup, masjid, kumbang (lady bird), strawberi, bentuk hati dan bunga.

Tambah menarik, coklat-coklat tersebut dihasilkan dengan pelbagai warna-warna yang menarik dalam usaha ‘menghidupkan’ coklat yang dihasilkan.

Hari ini, coklat yang dihasilkan Siti Zaharah bukan sahaja bertambah dari hari ke sehari tetapi ia meliputi tempahan dari seluruh negara.

Menyedari akan sambutan yang di luar jangkaan, dia mengembangkan lagi pembuatan coklatnya dengan mencipta kelainan seperti menghasilkan coklat-coklat yang berinti biskut atau kekacang.

Dalam masa yang sama, Siti Zaharah turut mempelbagaikan reka bentuk coklat yang dihasilkan agar ia kelihatan unik.

Untuk itu, dia sanggup berhabis duit untuk mendapatkan acuan dari luar negara agar pelanggannya tidak jemu.

Siti Zaharah yang juga berkemahiran membuat kek cawan memberitahu, coklat yang dihasilkannya dijual serendah harga RM1 dan ada yang mencapai beratus ringgit bergantung pada reka bentuk dan saiznya.

Selain menerima tempahan untuk pelbagai majlis dan perayaan, Arah turut membuka kelas belajar membuat coklat kepada sesiapa yang berminat.

Bagi mereka yang berminat sama ada untuk menempah coklat ataupun menghadiri kelas membuat coklat, anda boleh layari blognya atau hubunginya di talian 013-3692824.

Artikel asal

Cara Bisnes Buat Coklat

Idea perniagaan raya – bisnes coklat

Sekejap je dah sampai bulan ramadhan menandakan sampai waktu kita menunaikan kewajiban berpuasa. Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik lepas tu raya lah pulak. Ini adalah masa yang sangat sesuai untuk kita mulakan langkah berniaga. Bagi yang dah jadikan aktiviti berniaga sebagai aktiviti tahunan tentu masa ini dah sibuk dengan menempah tapak gerai bazar ramadhan untuk menjual juadah berbuaka puasa. Bagi yang target menjual barang selain juadah berbuka sibuk pula dengan tapak jualan nak meniaga baju melayu, baju kurung, songkok, kuih raya, langsir dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang mengambil kesempatan menjual mercun dan bunga api. Macam-macam. Jika boleh biarlah berniaga barang yang mendatangkan menfaat. Antara produk yang laris yang boleh dijual adalah coklat. Membuat coklat bukanlah susah dan jika coklat yang dibuat unik dan custom ikut kesesuaian pelanggan tentu boleh menarik banyak keuntungan. Kita boleh belajar buat coklat dengan mudah jika ikut manual yang disediakan langkah demi langkah dan secara tidak sedar boleh menyiapkan coklat yang kita sendiri tak pernah sediakan pun sebelum ini. Apa yang bestnya ialah kita seronok bila buat coklat ni siap dan cute. Tambah lagi best bila kita promote ada orang nak beli dan ambil tempahan dari kita. Mesti best dan seronok kan?

Mari menjana keuntungan dengan buat coklat.

coklat raya