Target perniagaan coklat

Perniagaan coklat mempunyai pasaran yang luas. Nak tahu kenapa, kerana hampir semua lapisan masyarakat sukakan coklat. Jarang kita jumpa kalau ada orang yang tidak makan coklat.

Walaubagaimanapun, bagi yang baru bermula tentu agak kabur tentang bagaimana nak pasarkan coklat yang telah dibuat. Strateginya mudah saja. Jangan buat stok tapi ambil order atau tempahan. Caranya, buat iklan dan tawarkan perkhidmatan pembekalan coklat. Sekiranya dapat tempahan barulah mulakan pembikinan coklat.

Bakal pelanggan mungkin perlukan coklat untuk pelbagai majlis. Antaranya untuk majlis perkahwinan samada untuk
pengantin atau tetamu, pertunangan, harijadi, ulangtahun perkahwinan dan pelbagai lagi.

Aspek yang paling penting untuk kita ketahui ialah bagaimana untuk mengiklankan perkhidmatan membuat coklat yang ditawarkan. Ada pelbagai cara yang boleh di aplikasikan, antaranya:

1. Iklan berbayar di suratkhabar-iklan yang kecil dah mencukupi kerana akhbar selalunya mempunyai pembaca yang ramai. Kosnya pun tidaklah terlalu mahal. Boleh cuba letak iklan untuk hari biasa atau hujung minggu dan bandingkan respon pembaca mana yang lebih tinggi supaya di lain kali kita tahu masa mana yang lebih ramai membaca iklan kita.

2. Iklan pada kawan-kawan. Sekarang ni dah canggih kita hanya guna facebook, twitter atau lain-lain media sosial yang percuma saja. Jika sms pun tidak menjadi masalah kerana kos yang amat minimum.

3. Iklan dengan cetak flyers atau memo ringkas dan letak di kawasan apartmen, kondo atau rumah pangsa. Tak perlu beri pada setiap rumah cukup dengan hanya letak dalam pigeon hole di ground floor atau minta kebenaran autoriti untuk tampal iklan di papan kenyataan. Dengan cara ini anda boleh dedahkan iklan pada ramai orang dengan usaha yang minimum.

Saya akan kongsikan lagi idea bagaimana nak memasarkan coklat anda.

Tips percuma untuk pemasaran bisnes coklat anda

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: